TALKSHOW NISA’ KAWASAN BATU

handbill talkshow ramadhan

MEMORI KARNIVAL KELUARGA MESRA JAWI

KARNIVAL KELUARGA MESRA JAWI

Dijemput seluruh warga kota untuk hadir ke program PAS Kawasan Batu sempena sambutan 35 tahun PAS Wilayah Persekutuan. Maklumat program adalah seperti berikut:_

Tajuk : Karnival Keluarga Mesra Jawi
Tarikh : 26hb Julai 2009 (Ahad )
Masa : 8.00 pagi sehingga 1.00 tgh hari
Tempat : markaz Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar
Yuran : RM2 sahaja seorang

Antara acara yang menarik
1. Pertandingan mewarna bagi kanak-kanak
2. Pertandingan Tulisan jawi dewasa dan kanak-kanak
3. Explorace Jawi keluarga dan berkumpulan
4. Jumble Sale
5. Khidmat bertindik telinga
6. Khidmat Pemeriksaan Kesihatan

dan banyak lagi…

Jangan lepaskan peluang dan tunjukkan skill anda tentang pengetahuan Jawi. Bawa keluarga dan rakan-rakan

Jumpa disana..

Sejarah
Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi.

Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu.

Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di-Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi.

180px-Merdeka1

Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi.

Tasamuh Dalam Ikhtilaf

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sahabat-sahabat yang dikasihi,

Semoga ALlah sentiasa menambahkan hidayah dan petunjuk kepada kita semua. Semoga kita dijauhkan daripada hasutan dan pengaruh syaitan serta nafsu jahat.

Marilah kita sama-sama meneliti sebuah email yang dihantarkan oleh Ustaz Tuan Ibrahim kepada saya. Tajuknya adalah Tasamuh Dalam Ikhtilaf. Tasaamuh bermaksud berlapang dada atau tolak ansur manakala ikhtilaf bermaksud perbezaan pandangan.

Ikhtilaf atau perbezaan pendapat adalah lumrah bagi manusia, ia berlaku di kalangan para ambiya’, dan turut berlaku di kalangan para sahabat. Ia juga berlaku di zaman Rasulullah , samada sewaktu Baginda masih hidup apatah lagi setelah Baginda wafat. Ikhtilaf berlaku dalam pelbagai keadaan samada berpunca dari penafsiran sesuatu nas dalil yang mempunyai pelbagai makna, lahjah yang berbeza atau sudut pandangan sesaorang; namun ianya tidak pernah diangap negatif dalam sejarah para ulamak; sehingga terkeluar kata-kata masyhur “ Perbezaan pendapat di kalangan umatku adalah rahmat’ walaupun kata-kata ini ditahkik oleh Dr Yusuf Qardhawi sebagai ‘la aslalah’, ( tidak diketahui punca riwayat sebenar), kerana beliau melihat kalau perbezaan pendapat menjadi rahmat, bermakna muafakat adalah bala’, dan ini tentunya bertentangan dengan sifat Islam sebagai rahmat, serta dalil-dalil yang lain.

Saya tidak berhasrat membicarakan persoalan tersebut dari sudut tahqiq atau para perawi, tetapi ianya adalah masyhur. Lantaran itu rahmat yang disebut dalam kata-kata itu tentulah lahir dari pelbagai natijah hasil ikhtilaf tersebut.

Para ulamak telah membuat huraian panjang lebar berhubung dengan persoalah adab dalam ikhtilaf. Namun adab hanya akan diikuti bilamana adanya tasawur yang jelas terhadap apa yang diikhtilafkan. Sebagai sebuah jamaah Islam, ikhtilaf hendaklah berjalan di atas landasan ukhuwwah, bukan kebencian dan memandang rendah kepada sahabat. Ikhtilaf boleh berlaku di kalangan pimpinan dan pengikut demi memperkukuhkan jamaah, ia akan lahir setelah adanya sikap hormat kepada perbezaan pandangan, kerana kemampuan berfikir manusia tidak sama.

Dari sudut jamaah, kita terikat dengan akhlak dan adab berjamaah, yang menuntut kita agar berlapang dada dengan perbezaan pendapat, dan tidak memaksa pandangan kita ke atas jamaah, kecuali dalam perkara yang terikat dengan nas yang bersifat qatie. Selagi ianya bersifat ijtihadi, maka ia terikat untuk dibahas, dibincang , diterima atau ditolak.

Sikap Tasaamuh ( berlapang dada ) dalam ikhtilaf sangat-sangat dituntut. Terkadang kita memandang baik kepada sesatu perkara, sedangkan ianya tidak baik bagi kita, bahkan terkadang kita membenci sesuatu, sebaliknya ia baik bagi kita. Itulah yang diingatkan oleh Allah “ dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, tetapi ianya baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu mengasihi sesuatu, tetapi ia tidak baik bagi kamu , Allah mengetahui, sedangkan kamu sebenarnya tidak mengetahui”. Oleh kerana perkara masa depan adalah dalam ilmu Allah, maka setiap perbezaan pandangan hendaklah mengharapkan kebaikan dari Allah. Berlapang dadalah dengan perbezaan ini. Apatah lagi kalau kedua-duanya untuk kebaikan jamaah. Kita mempunyai saluran dalam melahirkan perbezaan pandangan, maka gunakan saluran parti bagi menyatakan perbezaan pandangan agar ia tidak merosakkan ukuwwah dalam jamaah.

Kita punya pengikut yang ada kecenderungan tersendiri, samada untuk mengikuti pandangan seseorang atau membencinya. Kebencian ini akan memberi ruang kepada musuh untuk memasukkan jarum fitnah, yang boleh menjurus kepada hilangnya wala’ pada pimpinan. Sedangkan wala’ adalah rukun dalam jamaah. Sebagai pimpinan kita tidak seharusnya meletakkan ahli dan pengikut dalam situasi serba salah, antara bersetuju dengan sesuatu pendapat dan pandangan atau sebaliknya. Kerana rasa bersalah yang ujud dalam diri ahli untuk menerima atau menolak sesuatu pandangan pimpinan, mendorong kepada dua situsi;

i. Apa orang lain akan kata kepadanya, dan sekiranya ia berlaku, ia mendatangkan kesan besar selepas itu. Tidak mustahil ada yang akan tersinggung, menyisih diri, merajuk dan seterusnya hilang dari jamaah,
ii. menjadi golongan kecewa dengan apa yang berlaku dan terus mengambil sikap berdiam diri dari aktif dalam jamaah.

Kedua-dua situasi ini tidak menguntungkan jamaah dan paling besar merugikannya bilamana dia mengadap Allah diakhirat. Lantaran itu, ikhtilaf hendaklah di dalam lingkungan adab berjamaah, ia dikawal dari sikap melampau, membuka ruang kepada musuh, apatah lagi menjerumus kepada hilangnya sikap hormat, kecewa, dan tidak mempedulikan jamaah.

Awasi perangkap musuh yang membesar-besar perbezaan pendapat, meracuni pemikiran ahli agar hilang wala’ pada pimpinan, dan memberi peluru kepada musuh untuk merosakkan jamaah. Semoga Allah memelihara kita dari finah ini.

Oleh:

Ustaz Tuan Ibrahim bin Tuan Man.

Ust. Yusof Embong

Ahli PAS diminta bertenang, tunggu arahan rasmi Idris Ahmad

SEMUA ahli PAS diminta bertenang dalam menghadapi ujian yang begitu mencabar dalam kepimpinan parti. Semua ini akan menguji kematangan pemimpin untuk menguruskan krisis.

Insya-Allah PAS yang mempunyai bahtera yang kuat dan kukuh mampu untuk menghadapi semuanya ini. Kalau Umno-BN yang mempunyai bala tentera dan kewangan daripada “qarun-qarun” yang ada di atas muka bumi ini pun kita mampu hadapi.

Maka sudah barang pastilah masalah yang berlaku pada hari ini, insya-Allah dapat diatasi dengan baik dan elok.

Saya yakin bahawa ahli PAS yang matang dalam sepak terajang politik akan merasa tenang apabila kita tahu kekuatan yang ada pada PAS dan organisasinya.

Ini kerana PAS adalah milik kita semua. Ia tidak boleh dimonopoli oleh sesiapa pun. PAS ada peraturan dan perlembagaan yang kemas dan teratur.

Iltizam kita ialah bersama dengan Pakatan Rakyat dan berhadapan dengan Umno-BN dalam apa suasana sekalipun.

Media cuba memainkan isu bahawa PAS hendak mewujudkan perpaduan Melayu. Secara tidak langsung mereka cuba melontarkan fitnah bahawa PAS hendak meninggalkan Pakatan Rakyat. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato’ Setiausaha Agung pada 17 Jun lalu telah menjelaskan kekeliruan ini.

Kerajaan Perpaduan hanyalah lontaran idea sahaja daripada Presiden PAS. Sebarang keputusan dan polisi parti yang hendak dibuat akan dibincang terlebih dahulu dalam parti.

Insya-Allah, segala keputusan yang diputuskan itu akan kita sampaikan kepada semua pihak sehingga ke peringkat akar umbi melalui majlis taklimat khas.

Yakinlah firman Allah SWT, yang bermaksud: “Hendaklah kamu bermesyuarat dalam urusan kamu.” Dan maksud sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Berjamaah itu rahmat.”

Oleh itu kita boleh berbincang untuk mendapat maklumat sahih melalui mesyuarat, muzakarah, usrah, liqa. Inilah mekanisme parti yang paling baik untuk kita menyuarakan masalah dan kritikan kepada parti. Sekarang zaman canggih, maka bolehlah kita hubungi pimpinan untuk mendapat penjelasan.

Bersandarkan nas syara’

Segala keputusan politik yang PAS buat selama ini semuanya bersandarkan kepada nas syara’ dan fiqh siasi.

Kita bertahalluf dengan parti bukan Islam dan ideologi yang berbeza, semuanya merujuk kepada nas syarak. Bukan senang hendak meyakinkan ahli bagaimana kita dibenarkan mengundi calon bukan Islam yang bertanding atas tiket parti yang bertahalluf dengan kita.

Semua ahli PAS perlu berhati-hati dalam menghadapi isu ini. Ini kerana musuh sentiasa memasang perangkap untuk menjayakan misi mereka bagi memecah-belahkan di kalangan ahli dan pimpinan.

Dapatkan maklumat rasmi daripada akhbar rasmi Harakah, laman web Harakahdaily dan akhbar Siasah supaya tidak menimbulkan kekeliruan.

Tunggu dan sabarlah untuk mendapatkan penjelasan rasmi daripada pimpinan dalam isu ini. Rapatkan saf jamaah supaya syaitan tidak menyusup masuk ke dalam parti kita.

Ustaz Idris ialah Ketua Penerangan PAS Pusat

BICARA KETUA MUSLIMAT KAWASAN BATU

………..petikan bicara Ketua Muslimat DMPKB.

Mengambil initi-pati Muktamar DMPP: Ucap Tema Muktamar ialah: ’Mengisi Kemenangan, Melestari kebajikan’.

Ini bermakna dalam mengisi kemenangan calon-calon PAS, tanggung-jawab ahli ialah: para pengundi mesti diisi dengan program-program pengukuhan jati diri. Setiap pengundi mesti mendapat nikmat kemenangan PAS dalam bentuk pengisian memperbaiki diri dan terhindar dari gejala kerosakan diri dan masyarakat.

Hati-hati mereka mesti di isi dengan ilmu-ilmu yang boleh dipraktikkan dalam bentuk usaha dan tindakan samada secara individu atau bermasyarakat untuk meningkat kefahaman tentang Islam. Adunan benteng aqidah bagi orang Islam dan bergantung kepada Allah mesti ditekankan.

“Mengisi Kemenangan” mesti dilihat dari pelbagai sudut sektor kehidupan yang memerlukan peranan PAS dan gandingan bahu semua pihak dari pelbagai bidang dan lapisan kemasyarakatan turun membantu usaha yang baik ini.

Peranan semua pihak merentasi sempadan ugama dan budaya boleh diperkukuhkan dalam suasana aman dan tenteram. Sekian.

Mesyuarat Agong Muslimat Kawasan Batu

AJK DMPK Batu Sesi 2007-2009 magnify

Barisan penggerak Muslimat Kawasan Batu. Alhamdulillah selesai Mesyuarat Agong Muslimat Kawasan. Majority yang naik adalah muka2 lama lagi. Semoga pimpinan yang baru bg sesi yg baru akan terus istiqamah dan ikhlas dalam menegakkan perjuangan Islam. Takbir

Assalammualaikum wbt…

Selamat melawat blog muslimat batu….

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!